Sunday, November 30, 2008

musim bah di Pantai Timur

Alhamdulillah, hari ini tidak hujan walaupun hari masih mendung. hujan sejak rabu lepas yang turun kadang-kadang lebat mula menggusarkan hati(maklum le kete xbeli lagi: susah nak pi keje). inilah pengalaman pertama kerana tidak pernah menghadapi hujan turun 4 hari berturut-turut tanpa henti sebelum ini.
Makin menggusarkan apabila Buletin Utama TV3 malam tadi memaparkan bahawa mangsa banjir sudah mula dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Hulu Besut dan Marang di Terengganu serta Jeli di Kelantan. Moga-moga mereka semua selamat.
Hujan yang turun juga mengakibatkan aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan. bahkan ada kebun-kebun sayur yang menunggu masa untuk dikutip musnah begitu saja. Mudah2an petani2 dapat bersabar menghadapi keadaan ini.
Pagi sabtu lalu, pokok tumbang merentangi laluan di kawasan perkampungan tempat tinggal aku, terima kasih kepada pihak bomba yang sanggup bekerja ditengah2 hujan yang turun dengan bantuan penduduk kampung membersihkan kawasan.
Takziah juga kepada Keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, Timb. Menteri Pelajaran atas pemergian Dato Razali pada hari jumaat lepas.AlFatihah.

No comments: