Thursday, November 27, 2008

Menjerumuskan diri ke Pertanian

agak sukar dipercayai oleh aku sendiri bahawa aku kini berada dalam sektor pertanian, walhal aku mengambil BSc in Chemistry...tapi itu lah kehidupan...
Cita-cita ayah ku untuk melihat anaknya menjadi seorang guru hancur apabila hanya berkesempatan mengajar di Perkampungan orang asli selama hanya 3 minggu setalah mendapat tawaran kerja di sektor pertanian.
Pertanian bukanlah suatu yang asing bagi diriku, kerna aku berasal dari kawasan kampung yang mempunyai sawah padi yang terbentang luas beserta dengan dusun buah-buahan(milik orang lain) berhampiran rumah. cuma cara aku terlibat dalam pertanian ini yang agak mengejutkan bagi sesiapa yang telah lama mengenali diri ini.
setelah mendapat keputusan upsr yang agak ok, aku bersekolah di SMK Seri Perak dalam kelas rancanagn khas bahasa arab sehingga PMR, dan menyambung persekolah di SMT Seri Manjung dalam bidang elektrikal seterusnya memasuki universiti dalam bidang KImia...dari Arab-Elektrikal-kimia dan akhirnya terlibat dalam sektor pertanian....4 perkara yang tidak berkaitan(kerja jangan memilih)
itulah, kita kena buktikan ita boleh selaras dengan Malaysia Boleh..
setelah hampirdua tahun, aku masih lagi setia mengerah tenaga yang ada dalam bidang pertanian dan lahirlah blog ini untuk sama2 berkongsi maklumat berkaitan pertanian

No comments: