Sunday, November 30, 2008
Hari Kualiti Jab Pertanian Terengganu :Tahniah kepada yang cemerlang
Pada 23 November 2008 yang lepas, Jab Pertanian Terengganu telah mengadakan sambutan Hari Kualiti bagi meraikan semua penjawatnya yang cemerlang dalam perkhidmatan dan mereka yang telah bersara dari perkhidmatan.
Majlis dimulakan dengan nyanian 3 buah lagu diiringi pasukan Koir Jab Pertanian Tganu diikuti bacaan doa dan lafaz ikrar oleh kakitangan.
Pengarah Pertanian, dalam ucapannya menekankan agar program2 pembangunan yang dirancang pada tahun 2009 akan dapat dijalankan dengan lancarnya selaras dengan tumpuan untuk mengubah pertanian kepada satu perniagaan.
Yb Tn Hj Pehimi, Timbalan Pengerusi J/K Pertanian & Industri Asas Tani Terengganu dalam capan perasmiannya menyatakan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan komitmen yang tinggi agar sektor pertanian dapat ditingkatkan lagi di negeri Terengganu ini.
seramai 37 orang menerima anugerah cemerlang pada majlis ini dan seramai 23 orang telah meninggalkan jabatan iaitu seramai 14 orang bersara wajib, 7 orang bersara pilihan dan 2 orang meninggal dunia. Tahniah kepada semua penerima anugerah khidmat cemerlang dan selamt bersar kepada semua yang bersara. seemoga terus maju dalm bidang yang diceburi..
musim bah di Pantai Timur
Alhamdulillah, hari ini tidak hujan walaupun hari masih mendung. hujan sejak rabu lepas yang turun kadang-kadang lebat mula menggusarkan hati(maklum le kete xbeli lagi: susah nak pi keje). inilah pengalaman pertama kerana tidak pernah menghadapi hujan turun 4 hari berturut-turut tanpa henti sebelum ini.
Makin menggusarkan apabila Buletin Utama TV3 malam tadi memaparkan bahawa mangsa banjir sudah mula dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Hulu Besut dan Marang di Terengganu serta Jeli di Kelantan. Moga-moga mereka semua selamat.
Hujan yang turun juga mengakibatkan aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan. bahkan ada kebun-kebun sayur yang menunggu masa untuk dikutip musnah begitu saja. Mudah2an petani2 dapat bersabar menghadapi keadaan ini.
Pagi sabtu lalu, pokok tumbang merentangi laluan di kawasan perkampungan tempat tinggal aku, terima kasih kepada pihak bomba yang sanggup bekerja ditengah2 hujan yang turun dengan bantuan penduduk kampung membersihkan kawasan.
Takziah juga kepada Keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, Timb. Menteri Pelajaran atas pemergian Dato Razali pada hari jumaat lepas.AlFatihah.

Thursday, November 27, 2008
Menjerumuskan diri ke Pertanian
agak sukar dipercayai oleh aku sendiri bahawa aku kini berada dalam sektor pertanian, walhal aku mengambil BSc in Chemistry...tapi itu lah kehidupan...
Cita-cita ayah ku untuk melihat anaknya menjadi seorang guru hancur apabila hanya berkesempatan mengajar di Perkampungan orang asli selama hanya 3 minggu setalah mendapat tawaran kerja di sektor pertanian.
Pertanian bukanlah suatu yang asing bagi diriku, kerna aku berasal dari kawasan kampung yang mempunyai sawah padi yang terbentang luas beserta dengan dusun buah-buahan(milik orang lain) berhampiran rumah. cuma cara aku terlibat dalam pertanian ini yang agak mengejutkan bagi sesiapa yang telah lama mengenali diri ini.
setelah mendapat keputusan upsr yang agak ok, aku bersekolah di SMK Seri Perak dalam kelas rancanagn khas bahasa arab sehingga PMR, dan menyambung persekolah di SMT Seri Manjung dalam bidang elektrikal seterusnya memasuki universiti dalam bidang KImia...dari Arab-Elektrikal-kimia dan akhirnya terlibat dalam sektor pertanian....4 perkara yang tidak berkaitan(kerja jangan memilih)
itulah, kita kena buktikan ita boleh selaras dengan Malaysia Boleh..
setelah hampirdua tahun, aku masih lagi setia mengerah tenaga yang ada dalam bidang pertanian dan lahirlah blog ini untuk sama2 berkongsi maklumat berkaitan pertanian

berjinak-jinak dengan blog
salam kepada semua pengunjung,
aku baru berjinak-jinak dengan blog, begitu tertarik apabila melihat banyak perkara yang menarik dilihat dlm tulisan bloger2 yang begitu berpengalaman. almaklum la xberapa nak reti nak buat blog dan akhirnya berjaya memiliki blog sendiri...yeyehhhhhhhh
InsyaAllah banyak info2 yang berkaitan dengan pertanian dan aktiviti pertanian akan dapat dikongsi dengan semua pengunjung..
maaf jika blog ini belum dapat memberi kepuasan yang menyeluruh kepada semua pengunjung...(al maklum la baru.....)
amat lah dihargai semua comment yang diberikan semoga dapat meningkatkan lagi qualiti blog ini....

Subscribe to:
Posts (Atom)