Sunday, December 28, 2008

1 day 1 word

Personal protective equipment (PPE): Devices and clothing worn to protect the human body from contact with pesticides or pesticide residues.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Sunday, December 21, 2008

1 day 1 word

Inert ingredients: Inactive components of a pesticide formulation that are used to dilute the pesticide or to make it safer, more effective, easier to measure, mix, and apply, and more convenient to handle.

Thursday, December 18, 2008

1 day 1 word

Active ingredients (a.i.): The chemicals in a pesticide product that controls the target pest.

sumber :MSU Pesticide Safety Education Program

Wednesday, December 17, 2008

1st experience in Perlis


baru2 ni aku de kerja skek di perlis. alang2 dah sampai ke perlis, aku pun ronda2( nasib baik member aku bawak) satu perlis...upernyer skrang ni Gua Kelam dah ade dua. satu bawah jagaan jab.Pertanian n Gua kelam 2 bawah seliaan Jab. Perhutanan. cume Gua kelam 2 belum siap sepenuhnya...siap nanti ia boleh menghubungkan Gua Kelam 2 dgn Gua Kelam yg sedia ada.n yang menariknya siap ade keretapi disediakan untuk masuk ke dlm Gua..suatu yg menarik n xmerugikan.



pas g Gua Kelam, aku pun pi ke Padang Besar..duk tengok2 barang2 murah...menyelusuri ladang tebu yang luas sepajang jalan.



it my 1st time in perlis...n its fantastic.........
Jom Jalan-jalan.....

"1 day 1 word"

stat ari ni suka aku share "1 day 1 word"
perkataan arini:

Acute effects: Illnesses or injuries that may appear immediately after exposure to a pesticide (usually within 24 hours).

sumber : MSU Pesticide Safety Education Program

Tuesday, December 16, 2008

bruce lee vs puteri salju

aku baru sedar upernyer 2 citer ni menjadi tumpuan...yang lelaki suka duk tengok bruce lee n yang pompuan plak suka duk tengok puteri salju...nak dijadikan citer plak...dua2 citer ni stat kul 8.30 malam...bruce lee kat tv8 n puteri salju kat tv9....
yang mana pilihan anda...hehehehe

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sudirman

Tuesday, December 2, 2008

Hari raya Haji

Hari raya Haji@qurban akan disambut oleh semua umat Islam pada 08 Dis 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1429H.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang sedang menunaikan Haji, ibadah wukuf akan dijalankan o7 dis 2008 dan Hari raya Haji di Mekah pada 08 Dis 2008.
Semoga mendapat Haji yang mabrur kepada semua jemaah Haji.

tahniah

Selamat Pengantin Baru kepada Ummi (gambar atas) n Hida'a(gambar bawah) yang telah melansungkan perkahwinan bersama pasangan masing2 pada 30hb n 29hb November 2008(Ahad n sabtu lepas) .
Terima kasih atas kedua-dua jemputan. Tapi, maaf kerana kedua2nya tidak dapat dihadiri. Semoga kedua2 sahabat ini berbahagia bersama pasangan masing2 selama-lamanya.
Takziah buat keluarga Allahyarhamah Jun(exstudent kim Pet,UPM 2003-2006) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Nov 2008 akibat kanser. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Alfatihah.

Sunday, November 30, 2008

Hari Kualiti Jab Pertanian Terengganu :Tahniah kepada yang cemerlang


Pada 23 November 2008 yang lepas, Jab Pertanian Terengganu telah mengadakan sambutan Hari Kualiti bagi meraikan semua penjawatnya yang cemerlang dalam perkhidmatan dan mereka yang telah bersara dari perkhidmatan.
Majlis dimulakan dengan nyanian 3 buah lagu diiringi pasukan Koir Jab Pertanian Tganu diikuti bacaan doa dan lafaz ikrar oleh kakitangan.
Pengarah Pertanian, dalam ucapannya menekankan agar program2 pembangunan yang dirancang pada tahun 2009 akan dapat dijalankan dengan lancarnya selaras dengan tumpuan untuk mengubah pertanian kepada satu perniagaan.
Yb Tn Hj Pehimi, Timbalan Pengerusi J/K Pertanian & Industri Asas Tani Terengganu dalam capan perasmiannya menyatakan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan komitmen yang tinggi agar sektor pertanian dapat ditingkatkan lagi di negeri Terengganu ini.

seramai 37 orang menerima anugerah cemerlang pada majlis ini dan seramai 23 orang telah meninggalkan jabatan iaitu seramai 14 orang bersara wajib, 7 orang bersara pilihan dan 2 orang meninggal dunia. Tahniah kepada semua penerima anugerah khidmat cemerlang dan selamt bersar kepada semua yang bersara. seemoga terus maju dalm bidang yang diceburi..

musim bah di Pantai Timur

Alhamdulillah, hari ini tidak hujan walaupun hari masih mendung. hujan sejak rabu lepas yang turun kadang-kadang lebat mula menggusarkan hati(maklum le kete xbeli lagi: susah nak pi keje). inilah pengalaman pertama kerana tidak pernah menghadapi hujan turun 4 hari berturut-turut tanpa henti sebelum ini.
Makin menggusarkan apabila Buletin Utama TV3 malam tadi memaparkan bahawa mangsa banjir sudah mula dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Hulu Besut dan Marang di Terengganu serta Jeli di Kelantan. Moga-moga mereka semua selamat.
Hujan yang turun juga mengakibatkan aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan. bahkan ada kebun-kebun sayur yang menunggu masa untuk dikutip musnah begitu saja. Mudah2an petani2 dapat bersabar menghadapi keadaan ini.
Pagi sabtu lalu, pokok tumbang merentangi laluan di kawasan perkampungan tempat tinggal aku, terima kasih kepada pihak bomba yang sanggup bekerja ditengah2 hujan yang turun dengan bantuan penduduk kampung membersihkan kawasan.
Takziah juga kepada Keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, Timb. Menteri Pelajaran atas pemergian Dato Razali pada hari jumaat lepas.AlFatihah.

Thursday, November 27, 2008

Menjerumuskan diri ke Pertanian

agak sukar dipercayai oleh aku sendiri bahawa aku kini berada dalam sektor pertanian, walhal aku mengambil BSc in Chemistry...tapi itu lah kehidupan...
Cita-cita ayah ku untuk melihat anaknya menjadi seorang guru hancur apabila hanya berkesempatan mengajar di Perkampungan orang asli selama hanya 3 minggu setalah mendapat tawaran kerja di sektor pertanian.
Pertanian bukanlah suatu yang asing bagi diriku, kerna aku berasal dari kawasan kampung yang mempunyai sawah padi yang terbentang luas beserta dengan dusun buah-buahan(milik orang lain) berhampiran rumah. cuma cara aku terlibat dalam pertanian ini yang agak mengejutkan bagi sesiapa yang telah lama mengenali diri ini.
setelah mendapat keputusan upsr yang agak ok, aku bersekolah di SMK Seri Perak dalam kelas rancanagn khas bahasa arab sehingga PMR, dan menyambung persekolah di SMT Seri Manjung dalam bidang elektrikal seterusnya memasuki universiti dalam bidang KImia...dari Arab-Elektrikal-kimia dan akhirnya terlibat dalam sektor pertanian....4 perkara yang tidak berkaitan(kerja jangan memilih)
itulah, kita kena buktikan ita boleh selaras dengan Malaysia Boleh..
setelah hampirdua tahun, aku masih lagi setia mengerah tenaga yang ada dalam bidang pertanian dan lahirlah blog ini untuk sama2 berkongsi maklumat berkaitan pertanian

berjinak-jinak dengan blog

salam kepada semua pengunjung,

aku baru berjinak-jinak dengan blog, begitu tertarik apabila melihat banyak perkara yang menarik dilihat dlm tulisan bloger2 yang begitu berpengalaman. almaklum la xberapa nak reti nak buat blog dan akhirnya berjaya memiliki blog sendiri...yeyehhhhhhhh
InsyaAllah banyak info2 yang berkaitan dengan pertanian dan aktiviti pertanian akan dapat dikongsi dengan semua pengunjung..
maaf jika blog ini belum dapat memberi kepuasan yang menyeluruh kepada semua pengunjung...(al maklum la baru.....)
amat lah dihargai semua comment yang diberikan semoga dapat meningkatkan lagi qualiti blog ini....