Monday, May 11, 2009

Kitar semula bekas racun makhluk perosak


bekas racun yang telah digunakan tidak diurus dengan sempurna

Bekas racun dijadikan peti surat dan pencedok air. seringkali juga dilihat ditali-tali air bekas2 racun dibuang kedalamnya. tanpa kita sedari bahawa ia bukan sahaja menyesakkan pandangan dan boleh menyebabkan pengaliran air tersekat bahkan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan pencemaran sumber air tersebut.
kaedah selama ini yang digunakan adalah dengan cara menanam bekas2 racun ke dalam tanah ataupun dihantar ke pusat2 pelupusan sisa kimia.
jadi adalah baik apabila kita ada satu cara lain untuk mengatasinya iaitu kitar semula.ini mungkin jarang didengari, bahkan biasanya kita mengetahui bahawa bekas racun makhluk perosak adalah bahan buangan terjadual. jadi, bolehkah ia dikitar semula??
Jawapannya boleh.
bekas racun boleh dikitar semula selepas proses bilasan 3 kali dilakukan. sebelum bekas dihantar ke pusat kitar semula ataupun pusat pengumpulan bekas racun,pengguna hendaklah melakukan proses bilas 3 kali.
proses bilas 3 kali adalah sangat mudah
1. kosongkan bekas racun dengan menuang baki racun ke dalam alat penyembur. dan biar sehingga titisan terakhir tunggu sehingga 30 saat;
2. isi bekas yang telah kosong dengan air sehingga 1/4 penuh;
3. Tutup bekas dan halakan mulutnya ke kiri. goncang ke kiri dan ke kanan lebih kurang 30 saat;
4. tuangkan air bilasan ke dalam alat penyembur;
5. isi semula air sehingga 1/4 penuh;
6. tutup bekas dengan penutupnya dan halakan mulut bekas ke arah bawah. goncang ke kiri dan ke kanan lebih kurang 30 saat;
7. Tuangkan air bilasan ke dalam alat penyembur;
8. isi semula air sehingga 1/4 penuh;
9. tutup bekas dengan penutupnya dan halakan mulut bekas ke arah atas. goncang ke kiri dan ke kanan lebih kurang 30 saat;
10. Tuangkan air bilasan ke dalam alat penyembur;
11. cuci bahagian luar dengan bersih dan keringkan bekas, tebuk dibahagian bawah bekas untuk mengelakkan bekas digunakan.
Selamat mengitar semula bekas racun dan dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar serta menjadikan kita pengguna yang mengamalkan pertanian yang baik(GAP)

bekas yang telah ditebuk dan sedia untuk dikitar semula

1 comment:

fatten said...

hai.. sy nak tanya.. ada tak akta yang mengatakan bahawa selepas buat bilasan 3 kali.. kita tak perlu hantar kepada premis yang berlesen untuk menguruskan bahan buangan berjadual