Dah lama aku xmenulis, ada masa terluang sedikit ni aku ambil kesempatan untuk mencoret sedikit.
dalam sedar xsedar hari ni dah pun masuk kebulan februari. sedar xsedar rupanya dah abis bulan 1. bahkan bulan Muharram juga dah meninggalkan kita.arini dah pun 5 safar. begitu cepat masa berlalu. Banyak yang berlaku dalam sebulan ni. macam2 ada. dengan kesedihan kita terhadap apa yang berlaku kepada Saudara kita di Palestin, yang setiap hari berdepan dengan kekejaman Israel. Ayuh sama2lah kita doakan agar kemenangan berpihak kepada Palestin. Semoga pejuang Palestin terus Istiqamah meneruskan perjuangan dengan jayanya. Syabas kepada PM Turki, Taib Erdogan yang begitu berani dan lantang 'menyembelih' hujah Peres yang lansung terkedu atas keberaniam PM turki ini. Inilah contoh pemimpin yang perlu ada dalam komuniti kita. yang berani melontarkan apa yang dirasakan benar. semoga dapat menyemarakkan lagi semangat rakyat Palestin untuk terus mempertahankan hak mereka. Dan ringan2kan lah tangan kita ntuk menyumbangkan sedikit sebanyak ke dalam tabung untuk rakyat Palastin dan pastikan anda tidak tersalah kerana masih ada manusia yang snaggup menipu dengan wang derma itu.
Tahun baru CIna juga telah berlalu. Kepada semua rakan2 yang berbangsa Cina, aku ucapan Selamat Tahun Baru Cina. Limau2 masih banyak lagi dijual sempena perayaan ini. kepada penggemar limau gunakan kesempatan ini untuk menikmatinya.
Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempat aku menonton sebentar. Tengok Channel TV9, program Tanyalah Ustaz. dan pagi tadi bersam dengan Ustaz Dato Hassan Din. dah masuk hari yang ketiga berbicara berkenaan pengurusan jenazah. Banyak yang aku perolehi. dan yang aku ank kongsi tentang apa yang Dato' perkatakan pagi tadi yang sempat tangkap ke telinga aku(tgh sibuk siapkan diri) ialah berkenaan dengan solat jenazah. dan pagi tadi juga aku merasakan begitu mudah sekali solat jenazah ini. 7 rukun sahaja berbanding solat2 yang lain sebanyak 14 rukun.
1. Niat
2.berdiri
3. 4 kali takbir
4. al fatihah(selepas takbir pertama)
5. selawat (selepas takbir kedua)
6. Doa (selepas takbir ke-3)
7. salam (selepas takbir ke-4)
semoga dapat menjadi panduan dan ingatan kepada kita semua...
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sama2lah kita berdoa agar Palestin kembali aman dan sentiasa diberkati oleh Allah...Sayang Gaza...
Post a Comment