tahun baru pasti muncul...dan tahun ni ialah tahun 2009 masihi.setiap kali tahun baru ramai yang membuat azam baru dan ramai yang merenung kembali apakah azamnya pada tahun 2008 telah tercapai.
Tahun 2009 pasti menjanjian cabaran yang lebih besar. bahang kemelesetan ekonomi mulai terasa dengan bermulanya krisis makanan pada awal 2008 dan lonjakan harga minyak pada pertengahan tahunnya. walau pun harga minyak telah turun, tapi harga makanan masih tidak turun. bahkan surcaj 30% untuk tambang bas ekspress juga masih dikekalkan. sesuatu yang perlu kita fikir bersama.sama-sama kita berdoa semoga tahun 2009 banyak membawa kebaikan kepada kita semua.
Pertanian semakin menjadi begitu penting sekarang ini. krisis makanan pada 2008 memberi kesedaran bahawa pertanian bukan lagi sektor picisan. tetapi sektor penting yang perlu bergerak seiring dengan sektor2 utama yang lain. ayuh! 2009 ini kita gembling tenaga untuk terus memartabatkan sektor pertanian.
apa pun semoga semua azam untuk tahun 2009 ini mampu digapai. azam bukan ditanam pada awal tahun tapi digenggam untuk dijayakan.
selamat tahun baru Hijrah 1430 dan masihi 2009
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment